Wednesday, May 21, 2008

LATIHAN SEJARAH TING 3


SET 1
ARAHAN : Untuk soalan 1 hingga 50 , setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan.
Pilih satu jawapan yang betul atau paling sesuai bagi setiap soalan.
Soalan 1 berdasarkan senarai di bawah.

· Ma Huan
· Tome Pires
1.
Tokoh-tokoh di atas merupakan penulis asing yang mencatatkan tentang sejarah negara kita. Jika anda ingin mencatatkan sejarah negara kita ,apakah cara yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat?

A. memperolehi maklumat daripada kajian lapangan
B. Sumber bertulis yang dihasilkan
C. mengkaji tinggalan yang ditemui
D. maklumat yang disampaikan secara lisan

Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah

Semenanjung Emas

survanabumi

Golden Chersones

Pedagang India

Caludius Ptolemy

2. Pada mendapat anda mengapakah mereka mengaitkan Semenanjung Tanah Melayu
dengan emas?
A. terdapat simpanan emas yang banyak
B. penggunaan mata wang emas dalam perdagangan
C. Sultan dan kerajaan yang kaya
D. kekayaan sumber asli yang banyak

Soalan 3 berdasarkan senarai di bawah

Srivijaya Majapahit Kedah Tua

3.Nyatakan ciri-ciri utama ketiga-tiga kerajaan di atas ?
A. hubungan baik dengan China B. mempunyai hubungan dengan kerajaan India
C. dipengaruhi oleh agama islam D. menerima pengaruh Hindu

Soalan 4 berdasarkan kepada maklumat di bawah.


· Orang Melayu tinggal di kampung Melayu
· Orang Laut tinggal di Sabak
· Arab , Cina dan Parsi di Upe

Berdasarkan maklumat di atas , apakah kesimpulan yang boleh anda buat?
A. Sistem pentadbiran yang cekap B. Pembahagian tugas yang berkesan
C. Dasar pecah dan perintah D. pembahagian kawasan mengikut kekayaan

Soalan 5 berdasarkan pernyataam di bawah.

Di dalam struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
Kedudukan bendahara sama dengan Perdana Menteri.

Apakah perbezaan yang di antara tugas Perdana Menteri dengan Bendahara di zaman Melaka?
A. mengetuai angkatan tentera negara
B. menjadi penasihat kepada Sultan
C. mengetuai kerajaan
D. melantik pegawai kanan dalam pentadbiran

Soalan 6 berdasarkan kepada pernyataan di bawah
“ sebanyak 84 bahasa yang dipertuturkan oleh pedagang-pedagang yang datang ke Melaka .”
Tom Pires

6. Di zaman kerajaan Melaka bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
pengantaraan atau lingua-franca.
Apakah cara yang digunakan oleh kerajaan Melaka untuk memperkayakan
lagi bahasa Melayu?
A. mengalakan terjermahan buku-buku
B. memberikan insentif kepada sasterawan
C. mengambil kata baru dari bahasa yang lain
D. kuatkuasa undang-undang Melaka

Soalan 7 berdasarkan kepada rajah di bawah

Kesan-kesan penjajahan Portugis

*Pengenalan tulisan rumi

*Kewujudan masyarakat Serani

* Y

Y ialah ?
A.Johor mengantikan Melaka sebagai pusat penyebaran islam
B. pengasasan kerajaan Johor dan Perak
C. Portugis memonopoli perdagangan bijih timah di Tanah Melayu
D. Kerajaan kesultanan Melaka beralih ke Pahang

Soalan 8 berdasarkan senarai di bawah
· Sultan Abdul Jalil Syah III
· Laksamana Tun Abdul Jamil
· Temenggung Raja Indra Bongsu

Ketiga-tiga tokoh diatas bertanggungjawab memajukan Johor.
Apakah faktor utama yang mempercepatkan perkembangan Johor?
A. Kemerosotan Acheh
B. Hubungan baik debgan belanda
C. kekalahan Portugis kepada Belanda
D. jajahan takluk yang kaya

9. Kegiatan Bugis di Tanah Melayu diketuai oleh Bugis lima bersaudara antaranya Daeng Merewah , Daeng Celak dan Daeng Kemboja.
Di antara Pernyataan di bawah yang manakah merupakan kejayaan terbesar
kegiatan Bugis di Tanah Melayu?.
A. Bugis menguasai pentadbiran Johor
B. menguasai perdagangan bijih timah di Kedah
C. menabalkan Raja Muzafah Syah sebagai sultan Perak
D. mengasaskan kesultanan Selangor

Soalan 10 berdasarkan maklumat di bawah
Kerajaan Kedah di asaskan oleh Raja Merong Mahawangsa yang memerintah Patani , Perak dan Siam

Di antara sumber di bawah yang manakah menerangkan tentang kerajaan Kedah Tua?
I. Hikayat Merong Mahawangsa II. Al-Tarikh Salasilah Kedah
III. Tufat al Nafis IV. Sejarah Melayu
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Soalan 11 berdasarkan puisi di bawah.

Siapa menjala siapa terjun
Siapa berhutang siapa berbayar
Siapa membunuh siapa kena bunuh

Kata Perbilangan di atas menunjukkan hukuman yang terdapat dalam Adat Temenggung yang bersifat tegas. Bagaimanakah bentuk hukuman yang diamalkan oleh adat perpatih?
I. bersifat pembalasan II. bertanggungjawab
III. bersifat pemulih IV. berperikemanusiaan
A. I DAN II B. I DAN III C. II DAN III D. III DAN IV

Soalan 12 berdasarkan jadual di bawah.
Negeri Bentuk Matawang
Kedah Ayam jantan
Perak Piramid dan pagoda
Kelantan sebatang pohon





Matawang timah yang pernah digunakan di Tanah Melayu mempunyai
pelbagai bentuk yang berbeza mengikut negeri.
Apakah kelebihan matawang timah dibandingkan dengan kulit Siput Geweng?
A. nilainya tidak bergantung kepada jenisnya
B. sandaran nilainya lebih kukuh
C. tidak mudah untuk diperolehi
D. diterima oleh semua orang

13. Kegiatan penanaman padi merupakan kegiatan pertanian yang utama
di negara kita sejak zaman neolitik . Apakah bukti arkeologi yang menyokong
pernyataan di atas?
A. penemuan sampan kecil di Kuala Langat
B. penemuan bekas tembikar di Lembah Bujang
C. penemuan bajak tenggala di Kuala Pilah
D. penemuan pisau pipih di Sungai Tembeleng

Muzik IstanaSoalan 14 berdasarkan rajah di bawah
Seni Muzik Tradisional

Muzik Rakyat
Berikut manakah merupakan seni muzik rakyat.
I. Kompang II. Hadrah III. Nobat IV. Gamelan Diraja
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV
Soalan 15 berdasarkan jadual di bawah
Kaum Kegiatan Ekonomi
Melanau Sagu
Orang Kelabit Padi Huma
Orang Suluk memungut hasil burung

Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan hubungan antara kegiatan ekonomi dengan suku kaum di Sabah dan Sarawak?
A. Di pengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi
B. kekurangnya sistem perhubungan
C. ketiadaan sistem pengairan di kawasan pedalaman
D. bergantung kepada modal

16. Tarian ngajat iaitu tarian pahlawan Iban manakala tarian sumazau merupakan
kebanggaan kaum kadazan. Apakah tujuan utama tarian ngajat ini dipersembahkan?
A. untuk meraikan wira-wira mereka B. untuk menyambut ketibaan musim menuai
C. sebagai kesyukuran selepas musim menuai D. mengharapkan hasil yang lumayan

Soalan 17 berdasarkan rajah di bawah.
Pulau Pinang
Perdagangan Inggeris dengan China
Perdagangan antara Inggeris dengan China sangat penting dari segi
nilai ekonomi. Apakah hubungkaitnya diantaranya dengan keperluan
pengkalan baru menjelang tahun 1786?
A. Melindungi keselamatan pedagang Inggeris
B. Keperluan mendapatkan bijih timah,rempah dan lada hitam
C. tempat persingahan
D. terletak ditengah-tengah jalan perdagangan

Soalan 18 berdasarkan jadual di bawah.

NEGERI TANAMAN
PULAU PINANG BUAH PALA, BUAH PALA
BUNGA CENGKIH, TEBU
MELAKA UBI KAYU

Jadual di atas menunjukkan tanaman niaga di Pulau Pinang dan Melaka
pada abad ke 19. Mengapakah pertanian tidak berjaya di Melaka?
A. kekurangan tenaga buruh B. banyak tanah terbiar
C. tumpuan kepada perdagangan D.kekurangan modal

Soalan 19 berdasarkan rajah di bawah.
Singapura

Perak

Selangor
Pahang
Johor

Berdasarkan rajah di atas apakah peranan utama Singapura dalam
hubungan negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat?
A. pelaburan asing berpusat di negeri-negeri Selat
B. kepentingannya sebagai pelabuhan eksport
C. pusat pengumpul dan pengedar bijih timah
D. kerjasama menjaga perairan daripada serangan lanun

Soalan 20 berdasarkan jadual di bawah
Negeri
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Pahang

Residen British
J.W.W. Birch
J.G. Davidson
Martin Lister
Hugh Clifford


20. Kempat-empat negeri Melayu di atas telah menerima seorang
penasihat Inggeris untuk membantunya dalam pentadbiran.
Apakah kepentingan campurtangan Inggeris dalam hal ehwal politik
Negeri-negeri Melayu?
A. untuk mengekalkan keamanan B. untuk menyekat kemaraan pengaruh Perancis
C. untuk melindungi pelaburan Inggeris D. untuk menjamin keselamatan rakyatnya

Soalan 21 berdasarkan rajah di bawah

Kampung
Penghulu

2 1. setiap mukim di ketuai oleh seorang penghulu yang terdiri daripada
keluarga diraja. Apakah tugas utama seorang Penghulu selepas 1874 ?
I. menyimpan kira-kira II. mengutip cukai
III. menyampaikan maklumat IV. memastikan anak buahnya taat setia kepada raja
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Soalan 22 berdasarkan kepada pernyataan di bawah
Sultan Idris ,Perak sering membangkitkan ketidakpuasan hati baginda dalam Majlis Raja-Raja Melayu .
Apakah yang menyebabkan baginda merasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British?
A. Residen tidak hormati adat istiadat Melayu
B. Residen tidak memahami bahasa dan adat orang Melayu
C. Residen terlalu berkuasa
. Hilang hak mengutip cukai
Soalan 23 berdasarkan jadual di bawah

Mewajibkan semua pegawai Inggeris memakai
pakaian rasmi negeri Johor.
Tokoh X Setiap surat kepada kerajaan mesti dalam bahasa
Melayu
Bendera Union Jack tidak boleh lebih tinggi dari
bendera Johor

Tokoh X yang dimaksudkan ialah?
A. Datuk Salleh Bin Perang B. Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad
C. Dato Seri Amar Diraja D.Muhammad Ibrahim Munsyi

Pada 2 November 1875 , Birch di bunuh di Pasir Salak Dato Maharaja Lela, Tok Sagar,Seputum dan Pandak Induk
Di atas ialah rentetan peristiwa yang berlaku di Perak semasa pentadbiran inggeris.
Apakah pengajaran yang diterima oleh Inggeris daripada peristiwa di atas.
A. Inggeris perlu berhati-hati dalam melaksanakan tugasnya
B. Inggeris perlu mendalami adat istiadat orang Melayu.
C. Residen mesti pandai bertutur dalam bahasa Melayu
D. pantang Melayu derhaka kepada rajanya.
25.
“ lebih kurang 1000 orang penduduk
berkumpul di Tersat kerana ingin
memulakan peperangan terhadap
Inggeris dan penyokongnya “
Timah Hamzah

Petikan di atas mengambarkan perasaan tidak puas hati penduduk
di Tersat terhadap Inggeris
Apakah punca kemarahan mereka terhadap Inggeris?
A. cukai hasil tanah
B. cukai kepala
C. pas untuk membuka tanah
D. cukai binatang ternakan dan tanaman

Soalan 26 berdasarkan maklumat di bawah.
“ mengurangkan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pusat dengan membahagikan
kepada kerajaan pusat.”

Maklumat di atas mengambarkan perubahan dasar Inggeris di Negeri-negeri Melayu,
Apakah kesan utama daripada perubahan ini?
I. Perkhidmatan pentadbiran awam diperkenalkan
II. DURBAR dihapuskan
III. Pertambahan Kuasa kerajaan negeri
IV. Pemulangan Kuasa kepada kerajaan pusat
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Soalan 27 berdasarkan jadual di bawah.

TAHUN HARGA GETAH
1935 20 SEN
1937 43 SEN

Jadual di atas menunjukkan harga getah pada tahun 1935 dan 1937
Apakah faktor utama yang mempengaruhi kenaikan harga getah pada tahun
1937?
I. Penetapan Peraturan pemasaran Getah Antarabangsa
II. Penetapan harga di paras sepatutnya
III. penetapan Kuota eksport
IV. penetapan kuota penanaman
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

28 Pada tahun 1930an pengeluaran bijih timah oleh Syarikat Eropah telah melebihi pengeluaran oleh pelombong-pelombong Cina.
Apakah yang menyebabkan berlakunya pekara tersebut?

A. pembukaan banyak kawasan lombong baru oleh syarikat Eropah
B. penggunaan kapal korek dalam aktiviti perlombongan
C. bantuan dan galakkan daripada kerajaan British
D. kegiatan kongsi gelap dikalangan pelombong Cina

Soalan 29 berdasarkan jadual di bawah.
Tahun Landasan kereta api

1891 dari Seremban ke Port Dickson
1903 dari Seremban ke Perai





Jadual di atas menunjukkan antara landasan kereta api utama di Tanah Melayu.
Apakah kesan daripada pembinaan landasan kereta api tersebut?
I. jumlah penduduk meningkat II. migrasi dalam negara meningkat
III. kemunculan bandar baru di kawasan pedalaman
IV. pengangkutan sungai menjadi kurang penting.
A. I DAN II B. I DAN IV C. II DAN III D. III DAN IV

Soalan 30 berdasarkan pernyataan di bawah.
. “ Ibu bapa akan di denda jika tidak menghantar anak-anak mereka
yang berumur 7 tahun ke sekolah ”

Pernyataan di atas mengambarkan dasar Inggeris terhadap sistem persekolahan
di Tanah Melayu. Berikan kesan penting daripada tindakan British seperti di atas?

A. orang Melayu membantah peraturan tersebut.
B. Peningkatan jumlah murid di sekolah Melayu
C. bilangan murid sekolah Inggeris bertambah
D. banyak sekolah Melayu di buka

Soalan 31 berdasarkan rajah di bawah

Sistem Pendidikan
Sebelum merdeka selepas merdeka

Apakah masalah utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan selepas
merdeka?
A. Penggunaan sukatan pelajaran yang sama
B. Penggunaan bahasa pengantar yang sama
C. dasar pelajaran yang sama
D. Penggunaan buku teks yang sama
Soalan 32 berdasarkan senarai di bawah.

SYEIKH TAHIR JALALUDDIN SYED SHEIKH AL- HADI

Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas?
A. memperjuangkan gerakan khilafat
B. memperjuangkan gerakan pemulihan islam
C. mengetuai Pan-Islam
D. mewakili gerakan kaum tua

Soalan 33 berdasarkan jadual di bawah.

PENULIS TAJUK NOVEL
ISHAK HJ. MUHAMMAD PUTERA GUNUNG TAHAN
HARUN AMIRNURASHID MELUR KUALA LUMPUR

Jadual di atas menunjukkan karya novelis pada awal abad ke 20
Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penulis?
A. menyeru orang Melayu berdikari
B. kepentingan pelajaran kepada orang Melayu
C. menanamkan perasaan benci terhadap penjajah
D. memupuk semangat cintakan negara

Soalan 34 berdasarkan pernyataan di bawah

. “ ASIA UNTUK ORANG ASIA
KAWASAN KEMAKMURAN ASIA TIMUR RAYA “
Pernyataan di atas telah digunakan oleh Jepun untuk mendapatkan
sokongan daripada penduduk Asia.
Apakah tujuan sebenar tentera Jepun ke Asia Tenggara?
I. untuk mendapatkan bahan mentah utama
II. untuk memperluaskan empayarnya
III untuk mengusir penjajah barat
IV. untuk memberikan kebanggaan kepada negara.
A. I DAN II B. I DAN III C. II DAN III D. III DAN IV

Soalan 35 berdasarkan maklumat di bawah.
mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris
bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
bahasa Cina diharamkan di sekolah Cina
Maklumat di atas menunjukkan dasar pendidikan semasa pendudukan Jepun.
Apakah kesimpulan daripada maklumat di atas?
A. usaha menghapuskan pengaruh barat
B. mengubah budaya masyarakat tempatan
C. rancangan ‘ penjepunan’ masyarakat tempatan
D. setia kepada Maharaja Jepun


Persekutuan Tanah Melayu 1948Soalan 36 berdasarkan rajah di bawah
Pertubuhan ‘ Y ’

Malayan Union



Apakah peranan utama pertubuhan X di atas hingga menyebabkan terbentuknya persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Membakar semangat anti penjajah British
B memboikot perlantikan Gabenor Kesatuan Malaya
C merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
B. Menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.

Soalan 37 berdasarkan kepada jadual di bawah

RUNDINGAN BALING
PIHAK KERAJAAN PARTI KOMUNIS MALAYA
TUNKU ABDUL RAHMAN CHIN PENG
TAN CHENG LOCK CHEN TIEN
DAVID MARSHALL RASHID MAIDIN
Berdasarkan jadual diatas , mengapakah kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat?
I.. PKM menolah tawaran pengampunan II. Kerajaan tidak mengitiraf PKM
III. Kerajaan tidak mahu bertolak ansur dengan PKM
IV. Chin Peng tidak benarkan kesetiaan PKM di siasat
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Soalan 38 berdasarkan senarai di bawah
DATO ONN BIN JAAFAR
DR LEE TIANG KENG
E.C. THURAISINGHAM

Apakah persamaan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan British kepada mereka pada tahun 1951 ?
A. Merangka pelembagaan Tanah Melayu merdeka
B. menganggotai jawatankuasa menamatkan darurat
C. Langkah-langkah mengwujudkan perpaduan kaum
D. usaha ke arah berkerajaan sendiri

Soalan 39 berdasarkan maklumat di bawah
Hasil rundingan antara Kolonel H.S. Lee , Presiden MCA Selangor dengan Yahya bin Abdul Razak , ketua Jawatankuasa Kecil Pilihan Raya UMNO , Kuala Lumpur.



Apakah pekara utama yang dituntut oleh kedua-dua pertubuhan di atas selepas rundingan tersebut daripada kerajaan British?
A. Pilihanraya Umum secepat mungkin
B. kemerdekaan dipercepatkan
C. 60% ahli Majlis Undangan Persekutuan dipilih
D. perlembagaan merdeka yang baru

Soalan 40 berdasarkan pernyataan di bawah
Pada 8 Febuari 1956 perjanjian merdeka ditandatangani antara Wakil Perikatan dan Wakil Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British di London.



Nyatakan tindakan utama yang diambil oleh British selepas perjanjian di atas?
A. Mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu
B. mengadakan pungutan suara daripada penduduk Tanah Melayu
C. membentuk suruhanjaya merangka perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka
D. mengadakan pilihanraya untuk memilih ahli Parlimen


Soalan 41 berdasarkan puisi di bawah

Rakyat Sarawak berdukacita
merayu kepada bangsa baginda
supaya Raja Borneo kekal ditakhta
menunjukkan Sarawak tetap merdeka.

Berdasarkan puisi di atas , apakah reaksi Raja Brooke terhadap prmintaan rakyat Sarawak ?
A. mencadangkan satu pungutan suara diadakan
B. meneruskan hasratnya menyerahkan Sarawak kepada British.
C. menyerahkan kuasa kepada pemimpin tempatan
D. meminta campur tangan British di Sarawak.

Soalan 42 berdasarkan rajah di bawah
Ong Kee Hui
A. M. Azahari Barisan Bersatu
Donald Stephens
Apakah yang membimbangkan ketiga-tiga tokoh di atas hingga membentuk Barisan Bersatu?
A. bimbang Sabah,Brunei dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
B. bimbang kaum peribumi akan hilang hak istemewa mereka
C. bimbang terhadap ancaman komunis
D. bimbang Tanah Melayu akan menguasai sumber ekonomi negeri mereka.

Soalan 43 berdasarkan senarai di bawah

Sir Anthony Bell ,Muhammad Ghazali Shafie ,
Lord Cobbold dan Datuk Wong Pow Nee

Nyatakan Syor-syor yang mereka kemukakan berkaitan dengan Sabah dan
Sarawak?
I. Kewargenegaraan II . kerusi dalam Majlis Undangan Negeri
III. Agama IV. Imigresen
A. I DAN II B. I DAN III C. II DAN III D. III DAN IV

Soalan 44 berdasarkan kepada maklumat di bawah
Taman negara adalah hazanah negara yang perlu diperlihara dan
Dijaga seperti Taman Negara Pahang dan Taman Negara di Sabah
Antara berikut pihak yang manakah bertanggungjawab untuk tugas di atas?
I. Kerajaan pusat II. kerajaan negeri III . Badan Berkanun IV. Pihak Swasta
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Soalan 45 berdasarkan dialog di bawah
Encik Muthu : saya sangat rugilah hari ini.
Encik Kasim : Apa pasal Muthu?
Encik Muthu : tak boleh mengundilah , tapi nama ada.
Encik Kasim : mesti ada sebab lain tu.




Apakah sebab lain yang menyebabkan En Muthu tidak dibenarkan mengundi?
A. mengundi di tempat yang salah B. belum mencapai usia 21 tahun
C. memakai lencana parti yang disokong D. tidak membawa kad pengenalan

Soalan 46 berdasarkan maklumat di bawah
· Menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi penduduk di luar bandar
· Meninggikan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar



Maklumat di atas berkaitan dengan tumpuan yang diberikan dalam melaksanakan dasar ekonomi negara dari tahun 1956 hingga 1960.
Antara berikut agensi-agensi manakah yang terlibat dalam menjayakan dasar tersebut?
A. FELDA Dan FELCRA B. MARA dan FAMA
C. RIDA DAN FELDA D. JENGKA DAN MARA

Soalan 47 berdasarkan kepada maklumat di bawah.

Kebudayaan bererti seluruh cara hidup masyarakat termasuk
pakaian,nyanyian ,tarian dan unsur-unsur seni yang lain.

Asas utama pembentukan kebudayaan kebangsaan haruslah mengambil kira tentang ?
A. menerima unsur-unsur kebudayaan lain B. berteraskan kebudayaan rantau ini
C. bahasa Melayu bahasa ibunda D. agama islam sebagai unsur terpenting
Soalan 48 berdasarkan rajah di bawah
BLOK BARAT

BERKECUALI

BLOK TIMUR

MALAYSIA




Berikan punca utama yang menyebabkan negara kita berubah dasar daripada pro barat kepada berkecuali?
A. ancaman komunis ke atas negara kita B. Konfrontasi Indonesia
C. penglibatan Amerika dalam perang Vietnam D. tuntutan Filipina ke atas Sabah

49 Pada Julai 1963 , Malaysia , Filipina dan Indonesia telah membentuk MAPHILINDO untuk mengwujudkan persefahaman dan kerjasama serantau.
Apakah yang menyebabkan MAPHILINDO gagal mencapai matlamatnya?
A. Bantahan terhadap pembentukan Malaysia B. campur tangan Amerika
C. berlaku rampasan kuasa di Filipina D. masalah kewangan
Soalan 50 berdasarkan rajah di bawah.
SURUHAN JAYA SELATAN-SELATAN

KUMPULAN 15



Berdasarkan rajah di atas, apakah tugas utama kumpulan 15 ?
A. menyediakan kewangan yang diperlukan
B. mengenalpasti projek yang hendak dijalankan .
C. memastikan rancangan kerjasama dilaksanakan
D. mendapatkan khidmat nasihat daripada negara maju.

Arahan ; Untuk soalan 51 hingga 60 tiap-tiap soalan mempunyai satu
atau lebih daripada satu pilihan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap
pilihan jawapan itu betul atau salah,kemudian pilih SATU jawapan yang
betul daripada pilihan A,B,C dan D
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV


Soalan 51 berdasarkan carta di bawah.

Sultan
Bendahara
Penghulu Bendahari
Temenggung
Laksamana
Berdasarkan carta di atas , antara berikut manakah merupakan bidang tugas Bendahara? I. Ketua pentadbir negara II. Ketua istiadat istana
III. menjatuhkan hukuman mati IV. penyimpan alat-alat kebesaran diraja
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

52. Orang laut terbahagi kepada beberapa suku seperti suku Bintan,Gelam,Mantang
dan Ladi. Mereka memainkan peranan penting dalam membanggun dan memajukan kerajaan Johor.
Antara berikut yang manakah BENAR tentang orang laut dan tugas mereka?
I. suku Tambus sebagai pembawa utusan II. suku Bintan sebagai askar
III.suku Mantang sebagai pembuat senjata IV.suku Ladi sebagai tukang kayu
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

53. Jalan denai Penarikan menghubungkan Melaka dengan Pahang melalui
Sungai Muar , Sungai Pahang dan Sungai Serting.
Apakah kelebihan jalan denai penarikan kepada penduduk setempat berbanding dengan jalan yang lain?
I. dekat untuk ke pantai timur II. menjimatkan masa
III. kos yang lebih murah IV. selamat daripada ancaman lanun
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV
Soalan 54 berdasarkan senarai di bawah.
Mat Salleh di Sabah Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu


Berdasarkan senarai di atas , apakah kesimpulan anda tentang perjuangan mereka menentang penjajahan barat?
I. mempertahankan maruah bangsa II. mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu
III. mempertahankan diri daripada penindasan penjajah
IV. membangkitkan kesedaran kebangsaan
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV
Soalan 55 berdasarkan maklumat di bawah.
Pada 1 Julai 1895 , perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani dan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun 1896 melibatkan negeri Perak , Selangor , Pahang dan Negeri Sembilan.



Mengapakah Inggeris mengambil tindakan sedemikian ?
I. memperbaiki kedudukan Raja-Raja Melayu II. mengurangkan kuasa Residen
III. menyamakan pentadbiran di negeri-negeri Melayu
IV. memperbaiki sistem perhubungan antara negeri-negeri
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

Soalan 56 berdasarkan senarai di bawah
PERSATUAN DAYAK SARAWAK
BARISAN PEMUDA SARAWAK

Kedua-dua persatuan di atas bergerak aktif di Sarawak pada tahun 1940an.
Apakah yang mendorong persatuan tersebut bergerak secara aktif?
I. mempertahankan hak istemewa orang Melayu
II. membantah penyerahan Sarawak kepada Inggeris
III. mahukan kerajaan sendiri
IV. mahukan kemerdekaan
A.I,II dan III B I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV.

Soalan 57 berdasarkan senarai di bawah.
· UMNO
· USNO


Antara berikut yang manakah merupakan persamaan kedua-dua pertubuhan dalam beberapa pekara ?
I. menjadikan agama islam sebagai agama rasmi
II. menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
III. menyokong gagasan Malaysia
IV. menukar nama Borneo Utara kepada Sabah
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV


Soalan 58 berdasarkan pernyataan di bawah
Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya merupakan bahagian ekdekutif yang memberi arahan



Antara berikut yang manakah merupakan kumpulan eksekutif yang melaksanakan arahan kerajaan?
I. Pentadbiran Awam II. Polis Diraja Malaysia
III. Angkatan Tentera Malaysia IV. Suruhanjaya Pilihanraya
A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

Soalan 59 berdasarkan maklumat dibawah
Pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil mereka.


Apakah ciri-ciri penting yang mesti dimiliki sebelum seseorang itu boleh menjadi calun pilihanraya?
I. menganggotai mana-mana parti politik II. warganegara Malaysia.
III. tidak pernah dipenjarakan atau denda melebihi RM2000 IV. tidak muflis
A.I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

Soalan 60 berdasarkan pernyataan di bawah.
Kita penduduk Bangsa-bangsa Bersatu berazam untuk menyelamatkan generasi demi generai dari azab peperangan…menguatkan kepercayaan dalam hak-hak asasi manusia… Mukadimah Piagam PBB.




Antara berikut merupakan sebab-sebab PBB terpaksa akur dengan keputusan pihak tertentu ?
I. mempunyai kuasa pembatal II. mempelopori Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
III. negara yang membiayai PBB IV. negara-negara kuasa besar
A. I.II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV







JAWAPAN
1. B 5. A 9. D 13. D 17. B 21. D 25. A 29.D 33. D 37. C 41. B 45. D 49. A
2. D 6. A 10. A 14. A 18. D 22. C 26. C 30.D 34. A 38. C 42. B 46. C 50. C
3. D 7. B 11. D 15. A 19. B 23. B 27. D 31.B 35. C 39. A 43. D 47. D 51. B
4. A 8. A 12. B 16. C 20. C 24. A 28. B 32. B 36. D 40. C 44. A 48. B 52. D
53. A 54. C 55. C 56. C 57. A 58. A 59. D 60. C



Bab 1 : Pendudukan Jepun Di Negara Kita

1. Slogan yang digunakan oleh Jepun yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat ialah ____________________________________.

2. Akhbar yang menjadi alat penyebaran propaganda Jep[un di Tanah Melayu Di Tanah Melayu dan Indonesia ______________________.

3. Tentera British menggunakan taktik “bumi hangus” semasa berundur dari Tanah Melayu untuk________________________________________________

4. . Pakatan ini telah memudahkan Jepun untu menguasai Tanah Melayu. Kelebihan yang diperolehi oleh Thailand ialah _____________________________________________.

5. “ Kita mesti memberikan layanan yang baik kepada orang India.”
Kata seorang pemerintah Jepun di Tanah Melayu.

Pemerintah Jepun berkata demikian kerana ____________________
6. Tentera Jepun menjalankan dasar penjepunan untuk melahirkan penduduk Tanah Melayu yang
____________________________ kepada maharaja jepun.

7. Apakah perkembangan yang menjejaskan perpaduan rakyat di Tanah Melayu selepas Jepun
menyerah kalah pada 1945?


8. Semasa pendudukannya, Jepun telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam system pentadbiran Tanah Melayu. Apakah perubahan-perubahan tersebut? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

9. Jepun telah mengambil beberapa langkah untuk melaksanakan dasar penjepunannya. Antara
Langkah-langkah tersebut ialah…
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

10. Apakah punca Jepun menjalinkan hubungan baik dengan orang melayu?
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


11. semangat asia


Asia untuk orang Asia

Slogan yang dilaungkan oleh pihak Jepun di atas berkaitan dengan _________________

12.Berdasarkan jadual di atas, pegawai-pegawai tersebut telah dilantik semasa pemerintahan

_________________________



13.Perjuangan Leftenan Adnan menjadi kenangan kita sehingga kini. Beliau telah terkorban semasa bertempur dengan _______________

14.Berikan tiga contoh pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan untuk menentang Jepun.

i.
ii
iii

15.Komunisme yang diasaskan oleh memperjuangkan _______________________
Dan kerajaan memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

16.Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana fahaman ini bertentangan dengan _______________________dan orang Melayu.

17.Rancangan Briggs bertujuan untuk melumpuhkan gerakan ____________

18._____________ bertujuan untuk memastikan bekalan makanan, senjata, maklumat, dan ubat-ubatan tidak jatuh ke tangan pihak komunis.

19.Apakah langkah yang diambil oleh pihak British untuk mewujudkan kerjasama antara kaum?


BAB 2: LATIHAN MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Isi tempat kosong yang berikut.


Soalan 1


a._______________________________________


b.________________________________________

c._____________________________________

d.________________________________________

e.________________________________________



f._________________________________________

g. ________________________________________


2. Senaraikan 7 ciri Perlembagaan Malayan Union




a._________________________________________



b._________________________________________



c._________________________________________



d._________________________________________



e._________________________________________



f._________________________________________



g._________________________________________


Bab 3: LATIHAN ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

1. Fahaman komunisme diasaskan oleh _____________ pada abad ke-19.

2. PKM ditubuhkan pada tahun _____________ di Tanah Melayu.

3. Pasukan Bantuan telah ditubuhkan oleh British untuk membantu pasukan polis dan tentera menyekat keganasan PKM, nama pasukan tersebut ialah ______________.

4. Sir Harold Rowdon Briggs telah melancarkan program penempatan semula penduduk yang tinggal di pinggir hutan ke kawasan penempatan baru, nama program tesebut yang kekal hingga sekarang ialah ______________.

5. Kawasan aktif kegiatan pengganas komunis dipanggil _______________.

RANCANGAN BRIGGS
GERAKAN KELAPARAN

6. Apakah Gerakan Kelaparan yang terdapat dalam Rancangan Briggs?

_______________________________________

7. Mengapakah catuan bekalan makanan dibuat di kampung baru?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

8. Selain daripada gerakan kelaparan, apakah dua langkah lain untuk melumpuhkan PKM?
i. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________________________________________________________________________________

9. Siapakah pengarah operasi rancangan Briggs?


_____________________________________________________

BAB 4 : LATIHAN KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN


Soalan 1.
Nyatakan cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu

a. Laporan Barnes 1951


Í ______________________________________________________________

Í ______________________________________________________________

Í ______________________________________________________________

Í ______________________________________________________________



b. Laporan Razak 1956


Í ___________________________________________________________________________

Í ___________________________________________________________________________

Í ___________________________________________________________________________

Í ___________________________________________________________________________

Í ___________________________________________________________________________



2. Berikan 5 Ciri Sistem Ahli.

x __________________________________________________________________________

x __________________________________________________________________________

x __________________________________________________________________________

x __________________________________________________________________________

x __________________________________________________________________________


BAB 6 : LATIHAN PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH DAN SARAWAK


1. Lengkapkan maklumat d bawah
Gerakan Antipenyerahan

a. Pertubuhan yang mempelopori gerakan anti penyerahan

i.______________________________________________________

ii.______________________________________________________

iii.______________________________________________________

iv.______________________________________________________

b. Cara penentangan

i.______________________________________________________

ii.______________________________________________________

iii.______________________________________________________

iv.______________________________________________________


c. Tindakan pihak British

i.______________________________________________________

ii.______________________________________________________

iii.______________________________________________________

iv.______________________________________________________


BAB 7: LATIHAN: MALAYSIA YANG BERDAULAT

Malaysia
Filipina
Indonesia

1.Dalam Sidang Kemuncak di Manila(30 Julai-5 Ogos 1963), satu pakatan telah dipersetujui oleh pemimpin negara-negara di atas bagi membentuk…………………

2.Semua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong idea pembentukan Persekutuan Malaysia.Hanya sebuah parti politik sahaja yang menentang iaitu………………………………………..

3.British menyokong Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia bagi…………………………………………..


Singapura membangkitkan isu-isu sensitif sehingga
meretakkan hubungan Singapura dengan kerajaan pusat.


4.Pernyataan di atas membawa penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia.Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan tersebut ialah…………………………………..

Jika kita tidak berpisah, sudah pastilah akan berlaku pembunuhan yang menggerunkan.
Tokoh Y


5.Tokoh Y di atas merupakan……………………………………..

Suruhanjaya Cobbold

6. Suruhanjaya di atas ditubuhkan pada Februari 1952 bertujuan

______________________________________________________________________________

Parti PAS menyokong Persekutuan Malaysia.

7. Walaupun PAS menyokong namun mereka juga telah mencadangkan agar

______________________________________________________________________________


Selamat Menjawab



No comments: