Wednesday, May 21, 2008

P&P sejarah TING 3

BAB 1 : Pendudukan Jepun

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
TIP PENTING DALAM PMR

1. Anda perlu memahami bagaimana Jepun boleh muncul sebagai satu kuasa imperialis di timur.
2. Penelitian juga harus dibuat terhadap proses penaklukan Jepun di Tanah Melayu , Singapura , Sabah dan Sarawak.
3. Corak dan dasar pentadbiran Jepun di negara kita berbanding dengan semasa pentadbiran British.
4. Anda juga harus membuat analisa terhadap kesan-kesan pendudukan Jepun
di negara kita.

TAHUN BIL NO
SOALAN SOALAN

1995 1 30

1996 2 30 , 31

1997 - -

1998 2 38 , 39

1999 4 29 , 30 , 31 , 59


Selepas mempelajari bab ini pelajar akan dapat :
1. membuat penilaian terhadap kemunculan Jepun sebagai kuasa imperialis timur.
2. kenalpasti proses penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.
3. membuat perbandingan di antara sistem pentadbiran Jepun di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.
4. Membuat penilaian terhadap dasar-dasar sosial dan ekonomi yang diperkenalkan oleh Jepun
5. Membuat analisa tentang reaksi rakyat tempatan terhadap dasar pendudukan Jepun.
6. Menyenaraikan kesan-kesan pendudukan Jepun di negara kita.

KEPENTINGAN BAB INI DALAM PMR
ANDA PERLU MENGUASAI KONSEP-KONSEP BERIKUT.

1. Pendudukan 2. Imperialis
3. Kempetai 4. Bumi hangus
5. sekatan ekonomi 6. Menyerah kalah


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUASAI BAB INI.

1. Pemahaman tentang corak pentadbiran British sebelum kedatangan Jepun akan membolehkan anda membuat perbandingan dengan zaman pendudukan Jepun.
2. Membuat satu kronologi tentang penaklukan Jepun di Tanah Melayu , Singapura , Sabah dan Sarawak.
3. Membentuk dan memahami carta pentadbiran Jepun di negara kita.
4. Mejawab soalan kuiz KBKK PMR dan latihan di akhir bab ini.

1. Bab ini semakin penting kerana mulai tahun 1999 terdapat 4 soalan daripada bab ini.
2. Bab ini menunjukkan kepada kita tentang perubahan yang berlaku dalam jangka masa 3 1/2tahun pemerintahan Jepun di negara kita dari segi politik , ekonomi dan sosial.
3. Perbezaan yang berlaku dari segi pendekatan pentadbiran British dan keperitan hidup yang dialami oleh rakyat tempatan merupakan satu pengajaran yang berguna.
4. Kemunculan organisaasi yang tersusun dalam penentangan terhadap Jepun seperti MPAJA dan PETA.


1.
FAKTA NEGARA JEPUN

· Luas kira-kira 377 480 km persegi.
· Terdiri 4 Pulau Utama dan 3000 pulau yang lebih kecil

Peta yang menunjukkan kedudukan Jepun dan negara kita di Asia Tenggara.Kemunculan Jepun sebagai kuasa imperialis di Timur.
1.1. Pada tahun 1868 [1][1]kebangkitan Meiji telah membawa
Pemodenan kepada negara Jepun.
1.2 Maharaja Meiji telah memperkenalkan langkah-langkah
Pemodenan dengan mencontohi pentadbiran barat di
Tradisi
Samurai
negaranya untuk mengelakkan campurtangan barat.
1.3 Mereka telah mempelajari strategi ketenteraan barat untuk
menjadikan Jepun sebuah negara yang kuat dari segi
Ketenteraan dan kuasa ekonomi dunia.
1.4 Cita-cita untuk menjadikan Jepun sebuah kuasa tentera
dan ekonomi tergugat dengan adanya 2 halangan utama
iaitu:
1.4.1 kekurangan kawasan pertanian berbanding penduduknya
yang ramai.
1.4.2 kekurangan bahan mentah untuk perkembangan
industrinya.
1.5 Jepun percaya dengan menjadi sebuah kuasa [2][2]imperialis melaui dasar perluasan kuasa dapat membantunya mengatasi halangan tersebut.


TIP PENTING PMR
Menggunakan semboyan / cogan kata:
· “ Asia Untuk Asia.”
· “ Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
untuk melaksanakan dasar perluasankuasa.

Jadual di bawah menunjukkan tindakan ketenteraan oleh tentera
imperialis Jepun.
Tahun Perluasankuasa tentera Jepun

1931 menakluki Manchuria
1937 serangan dan peperangan dengan China.
1940 menyerang Indo-China
1941 menyerang dan menakluki Tanah Melayu ,
Sabah dan Sarawak
1942 Singapura dan Sumatera.



Perang Dunia ke Dua 1939-1945

PAKATAN PAKATAN
BERIKAT PAKSI / AXIS

A. Amerika Jerman
Syarikat Itali
British Jepun
Rusia
Perancis

1.7 Pada tahun 1940 , Jepun telah menyertai Pakatan Paksi /
Axis yang bertentangan dengan Pakatan Berikat.
18. Amerika Syarikat yang merasa bimbang dengan dasar
imperialis Jepun telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas
negara Jepun bersama dengan sekutunya di Eropah terutama
British.
19. Antara sekatan yang dikenakan ialah sekatan eksport
bijih timah , minyak dan getah ke Jepun
20. Pada 7 Disember 1941 ,Jepun yang tiada pilihan akibat
sekatan ekonomi yang dikenakan telah menyerang
pangkalan tentera laut Amerika di Pearl Harbour , Hawaii dan memusnahkanya.
21. Pada masa yang sama 8 Disember 1941 , tentera Jepun menyerang Tanah Melayu.
22. Peristiwa ini menandakan bermulanya Perang Dunia Kedua di Rantau Pasifik dan Asia.
2. Proses Penaklukan Tentera Jepun ke atas negara kita
2.1 Tanah Melayu
1. Latar Belakang
- Angkatan Laut British di Singapura dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan
Tanah Melayu.
- Tentera British di Tanah Melayu tidak terlatih dengan cara peperangan di hutan
-
Peta menunjukkan serangan tentera
Jepun ke atas Tanah MelayuTentera British ini terdiri daripada askar India, Australia , askar Melayu dan tentera sukarela.

2. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu
- Tentera Jepun melancarkan serangan melalui
Darat , udara dan laut.
- Melalui 2 arah iaitu pantai timur dan pantai barat.
- Dari Kota Baharu tentera Jepun terus mara ke
Kuantan dan Mersing.
- Pada 12/12/41 menakluki Jitra diikuti dengan
Pulau Pinang .
-
PENTING
Tentera Jepun dari Singora dan Patani terus mara
SEBAB-SEBAB JEPUN MENAKLUKI ASIA TENGGARA
1. untuk mendapatkan bahan mentah seperti getah dan bijih timah
2. untuk memasarkan barang kilangnya.
3. Untuk memajukan ekonomi
Negara-negara Asia Tenggara di bawah kawasan kemakmuran Bersama Asia Timur Raya.
4. untuk mengusir kuasa baratdaripada Asia Tenggara dengan meniupkan semboyan Asia untuk orang Asia.

dan bertemu di Taiping.
- Pada 11 Januari tentera Jepun menguasai kuala Lumpur.
- Kedua-dua ketumbukan tentera dari Patani , Singora
dan Kota Baharu bertemu di Johor Baharu dan
menaklukinya pada 31.1. 1942
- Semasa Jepun mara dari utara Tanah Melayu ,
dua kapal perang British iaitu Repulse dan
Prince of Wales bergerak ke utara untuk menyekat
kemaraan tentera Jepun tetapi gagal dan
ditenggelamkan oleh tentera udara Jepun.
-
55 hari sahaja.
Menjelang 31 Januari 1942 seluruh Tanah Melayu
berjaya ditakluki oleh tentera Jepun dan pada
15 Febuari 1942 Singapura jatuh ke tangan Jepun.
- Jeneral Percivel telah menyerah kalah kepada
Jeneral Yamashita di Woodlands, Singapura.
Sebab-sebab tentera Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu
1. tentera British tidak bersedia dan kurang terlatih
2. Jepun lebih bersedia untuk berperang dan mendapat maklumat tentang pertahanan British.
3. Pertahanan British di Tanah Melayu lumpuh setelah pengelaman kapal perangnya iaitu Repulse dan Prince of Wales .
4. Jepun mempunyai kelengkapan ketenteraan yang lebih baik dan moden serta tentera yang bersedia berkorban untuk negara
5. Jepun juga nmendapat kerjasama daripada kerajaan Siam menggunakan Segenting Kra ke Tanah Melayu.
PMR 94/ 55


“ Negara Matahari Terbit.”
· Kedudukan geografinya
· Bendera Jepun lambangnya matahari.

2.2 Sabah dan Sarawak
1. serangan dilakukan melalui pangkalan tentera Jepun di Cam Ranh di Vietnam.
2. Kemaraan tentera Jepun di Sabah dan Sarawak seperti jadual di bawah:

Tarikh Kawasan

1. Pada 16/12/ 1941 menyerang dan menakluki Miri
2. Pada 25 /12/ 1941 menguasai Kuching
3. Pada 27 / 12/ 1941 menakluki Sibu.
4. Pada 1/1/ 1942 Pulau labuan, Beufort dan Membakut.
5. Pada 9/1/1942 Jesselton
6. Pada 19/1/1942 Sandakan
7. Pada 1 /2/ 1942 Kudat


Gambar 1 menunjukkan kemaraan tentera Jepun dengan menggunakan Basikal buku teks m.s 3




Gambar 2 menunjukkan Penyerahan tentera British kepada tentera Jepun di Singapura.
Buku teks m.s 6




Peta yang menunjukkan tempat-tempat serangan Jepun di Sabah dan Sarawak. ( Buku Teks
m.s 4 )

3.
KUIZ KBKK PMR
1. Apakah tujuan kaedah bumi hangus digunakan oleh tentera British.
2. Berikan perubahan pentadbiran yang dibuat oleh Jepun pada tahun 1943?
1
Pihak British telah mengambil tindakan [3][3]‘bumi hangus’ dengan memusnahkan kepentingan ekonomi seperti telaga minyak di Miri dan Lutong untuk mengelakkannya daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.
4. Sebab-sebab tentera Jepun berjaya menakluki Sabah dan
Sarawak ..
4.1 Kegagalan British mempertahankan Sabah dan Sarawak
daripada serangan Jepun.
4.2 Angkatan tentera yang kecil diletakkan oleh British di
Sabah dan Sarawak.
4.3 Kelengkapan perang Jepun yang lebih besar dan moden.
4.4

TIP PENTING PMR
Ciri-ciri pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
1. pentadbiran ketenteraan
2. Negeri-negeri Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor
3. Mengadakan beberapa Biro untuk membantu dalam pentadbiran seperti Biro Kewangan dan Perhubungan
4. Pembentukan majlis penasihat
5. Kedudukan dan jawatan sultan dikekalkan sebagai ketua agama dan adat Melayu.Jepun mempunyai tektik pengintipan yang berkesan di
Borneo.
3. Pentadbiran Tentera Jepun di negara kita
3.1 Corak pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
1. Tanah Melayu ( Malai Baru ) diletakkan di bawah
pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura.
2. Jeneral memegang kuasa tertinggi dalam pemerintahan
Jepun di Tanah Melayu.
3. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dibawah satu unit
Pentadbiran pada tahun 1943
4. Pentadbiran Singapura ( Syonan ) diasingkan daripada
pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
5. Perlis , Kedah , Kelantan dan Terengganu telah diletakkan
di bawah pentadbiran Siam untuk membalas jasa Siam
membenarkan tenteranya menggunakan wilayah Siam

PMR
93/33
untuk menyerang Tanah Melayu.
6. Kempetai merupakan pasukan polis sulit telah ditubuhkan
Untuk mengintip dan melaporkan mereka yang anti Jepun.
7.
2
Sikap tentera Jepun terhadap kaum-kaum tertentu di Tanah Melayu
7.1
KUIZ KBKK PMR
1. Mengapakan pentadbiran tentera Jepun mahukan kerjasama daripada KMM?
2. Apakah tujuan tentera Jepun berbaik-baik dengan kaum India di Tanah Melayu?Sikap Jepun terhadap orang Melayu
1. mahu menggunakan orang Melayu untuk
mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu
seperti :
a. ) Membebaskan ahli Kesatuan Melayu Muda yang
dipenjarakan oleh British.
b. ) menghidupkan semula KMM di bawah pimpinan
Ibrahim Yaacob.
c. ) memberi bantuan kewangan bagi membolehkan
KMM membeli akhbar Warta Malaya.
d. ) menubuhkan pasukan Pembela Tanah Air ( PETA ) yang diberi latihan
ketenteraan untuk menentang tentera British di bawah pimpinan
Carta Penting
Pentadbiran
Pusat.
Ibrahim Yaakob.
e. ) memberi galakkan usaha untuk menubuhkan Kesatuan Rakyat
Indonesia Semenanjung ( KRIS )
f. ) memberi peluang kepada golongan rakyat biasa di kalangan orang Melayu terlibat dalam pentadbiran seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.
Pejabat Perang di Tokyo

Jeneral di Singapura


7.2 Sikap Jepun terhadap orang India
7.2.1 mahukan sokongan kaum India sebab Jepun
mempunyai cita-cita untuk menakluki India.
7.2.2 Tentera Jepun menggalakkan orang India
perkembangkan semangat nasionalisma mereka
Biro-Biro
Majlis Penasihat
Mahkamah terhadap negara India untuk menghalau penjajah
British.

7.3
PMR 95/30
Sikap Jepun terhadap orang Cina
7.3.1 tentera Jepun bersifat anti orang Cina kerana orang Cina di Tanah Melayu telah membantu negara China dalam perang China – Jepun dari segi kewangan.
7.3.2 Kekerasan dan kekejaman tentera Jepun telah menimbulkan rasa benci dan penentangan mereka kepada tentera Jepun di dalam hutan.
7.3.3 Keadaan ini berubah setelah kedudukan tentera Jepun mula lemah dan mulai kalah dalam perang di Pasifik untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina.
Pentadbiran Tentera Jepun

Orang Melayu
· Perlu sokongan Raja-Raja Melayu
· Golongan Kiri yang anti British

Orang India
· Sokongan untuk menakluki India daripada British

Orang Cina
· Mula membalas dendam dan kejam
· Mahukan kerjasama bagi menghadapi tentera British

Kesusahan , penderitaan dan keperitan hidup bangkit menentang Jepun.

3.2 Corak pentadbiran Jepun di Sabah dan Sarawak
1. Sabah , Sarawak dan Brunei digabungkan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara.
2. Borneo Utara dibahagikan kepada 15 daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pegawai Daerah.
3. Satu unit ketenteraan berkuasa di setiap daerah.
4. Pegawai Daerah di Sabah dibantu oleh seorang Pegawai Anak Negeri.
5. Borneo Utara dibahagikan kepa 5 Wilayah iaitu Kuching, Sibu , Miri , Jesselton dan Sandakan.
6. Gabenor akan mengetuai setiap wilayah.
7. Kuching merupakan pusat pentadbiran Borneo Utara.
8. Pada tahun 1943 , Pusat pemerintahan Borneo Utara berpindah ke Sandakan keran pemberontakan Double Tenth di Sabah.
9. Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching merupakan kuasa tertinggi dalam pentadbiran.
10. Unit pengawal keselamatan terdiri daripada penduduk tempatan yang bertanggungjawab kepada ketua kampung dan Ketua Anak Negeri..
11. Pentadbiran kampung ini berfungsi sebagai polis rahsia dan penyebar propaganda Jepun.
Struktur Pentadbiran Tentera Jepun di Sabah dan Sarawak.


Gabenor Jeneral

CARTA PENTING PMR

Gabenor

WILAYAH

· Majlis Penasihat dibentuk di peringkat wilayah untuk mengalakkan bumiputera melibatkan diri dalam pentadbiran seperti Empenit Adam menjadi Pegawai Daerah Simanggang
dan Abang Openg di Daerah Kuching.


KUCHING SIBU MIRI JESSELTON SANDAKAN
RESIDEN

PEGAWAI DAERAH

KETUA TEMPATAN

TIP PENTING PMR
Mengalakkan penubuhan persatuan bersifat perkauaman seperti;
· Persatuan Cina Seberang laut
· Perhimpunan Dayak
· Liga Kemerdekaan India cawangan Sarawak.

DAERAH

12. Kempetai iaitu polis tentera Jepun menjadi ejen Jepun untuk menjaga keamanan negara. Tugasnya selalu disalahguna menyebabkan berlaku perasaan curiga dikalangan kaum.
4. Dasar Pentadbiran Jepun di negara Kita.
1. Dasar pentadbiran menekankan kepada penghapusan semua unsur budaya barat dalam negara.
2.
3
Dasar ini dilaksanakan melalui proses “ penjepunan” penduduk Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.
3.


KUIZ KBKK PMR

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “ penjepunan”?
2. Berikan langkah penting yang dilakukan oleh tentera Jepun untuk melaksanakan dasar penjepunan tersebut?Kerajaan Jepun mahu membentuk sikap taat setia penduduk di Tanah Melayu terhadap Maharaja Jepun.

Dasar penjepunan dijalankan melaui pendidikan.
5.0 Antara langkah-langkah penjepunan yang dilakukan ialah;
5.1 pendidikan barat dan penggunaan bahasa Inggeris
serta mata pelajaran bahasa Inggeris di haramkan.
5.2 Bahasa Jepun ( Nippon Go )dijadikan bahasa
pengantar bagi semua sekolah
5.3 Murid-murid akan menyanyikan lagu kebangsaan
Negara Jepun setiap pagi.
5.4 kelulusan bahasa Jepun menjadi syarat utama
kenaikan pangkat.
5.5 Semua urusan perhubungan dan komunikasi dijalankan dalam bahasa Jepun.
5.6 Pelajaran percuma , cuti perayaan agama dan budaya Jepun diberikan.

5. Dasar Ekonomi Jepun di negara kita.
1. Semasa zaman pendudukan Jepun di negara kita Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk akibat peperangan dan kemusnahan infrastruktur dan serta peralatan perladangan dan ketiadaan perdagangan antara bangsa.
2.
Fakta Penting
Usaha Pemulihan ekonomi Jepun gagal kerana;
· Serangan pihak berikat antara 1944 –1955.
· Banyak kapal kargo yang menghantar keperluan pertanian di serang oleh pihak berikat.
· Sekatan ekonomi menyebabkan perdagangan menjadi lumpuh.
· Perusahaan bijih timah dan getah tidak dapat dijalankan kerana tindakan bumi hangus oleh tentera British.Ekonomi pasaran bebas bertukar kepada ekonomi kawalan .
3. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Jepun untuk
Mengatasi masalah kemerosotan ekonomi;
3.1 memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti
padi , ubi kayu , keladi dan keledek.
3.2 pengenalan terhadap “ padi Taiwan ”yang dapat
mengeluarkan hasil 2 kali setahun untuk menambahkan
PMR96
30
hasil makanan.
3.3 pentadbiran Jepun telah mencetak mata wang kertas
yang tidak dikawal menyebabkan mata wang tersebut tiada
nilai dan kadar [4][4]inflasi menjadi sangat tinggi.
3.4 pengeluaran barangan utama dikawal rapi dan permit
dikenakan terhadap semua jenis pengangkutan dan
perdagangan.
3.5 menjalankan [5][5]catuan makanan dan beras.
3.6 Nelayan mesti menjual ikan kepada wakil-wakil Jepun.
4. Melalui catuan setiap keluarga dihadkan dua gantang beras
Sebulan dan pembelian beras mesti menggunakan kupon
Yang diperolehi daripada Pejabat Kawalan Makanan di bandar.
6. Keadaan kehidupan penduduk di zaman pendudukan Jepun
1. Kadar inflasi yang tinggi dan kegagalan Jepun memulihkan ekonomi Tanah Melayu telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin menderita.
2. Rakyat terpaksa menanam tanaman makanan sendiri khasnya ubi kayu untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.
3. Kekurangan makanan menyebabkan masalah kebuluran dan masalah kesihatan seperti taun dan malaria .
4. Penduduk menggunakkan gobek untuk mendapatkan api. Gula diperbuat daripada nira kelapa. Garam dibuat daripada air laut dan baju daripada kulit kayu dan guni.
5. Sistem pendaftaran keluarga diperkenalkan di mana setiap keluarga bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya.
6. Pergerakan penduduk juga sentiasai diawasi pleh polis tentera sulit Jepun atau Kempetai .

7. Reaksi penduduk tempatan terhadap pendudukan Jepun.
1. Pentadbiran tentera Jepun telah mengambil tindakan mengawal pergerakan rakyat dengan ketat mulai tahun 1942.
2. Semua bentuk media telah di kawal dengan ketat oleh tentera Jepun untuk mengelakkan kemasukan unsur dan propaganda barat serta gerakan anti Jepun.
3. Kesatuan Melayu Muda yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob telah dibubarkan apabila didapati mula mengancam kedudukannya.
4. Pembela Tanah Air ( PETA )atau Giyu Gan dibentuk oleh tentera Jepun mengantikan KMM. Yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob.
5. PETA ditubuhkan untuk memberi latihan ketenteraan kepada sukarelawan sebagai persediaan untuk menentang British apabila kuasa barat tersebut sampaui semula ke Tanah Melayu.
6. Ibrahim Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
( KRIS ) untuk mengwujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan menyatukan
Tanah Melayu dengan Indonesia.
7. Beberapa gerakan penentangan terhadap tentera Jepun telah dilancarkan seperti;
7.1 Parti Komunis Malaya telah membentuk Malayan People’s Anti Japanese Army ( MPAJA ) untuk melancarkan perang gerila terhadap tentera Jepun.
7.2 Orang Melayu di Pahang telah menubuhkan Tentera Wataniah Pahang.
7.3 Orang tempatan juga telah menyertai FORCE 136 di bawah Kapten Spancer Chapman untuk menentang Jepun.
7.4 Bekas pegawai British yang bersembunyi di hutan menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 unuk melatih orang tempatan menggunakan senjata api.
7.5 Di Sabah dan sarawak orang Cina telah bersatu dengasn orang bumiputera untuk menentang Jepun.
7.6 Pemberontakan Kinabalu yang diketuai oleh Musa , Korom dan Albert Kwok Fen Nam telah melancarkan pemberontakan Double Tenth. Mereka juga membuat hubungan sulit dengan Gerila Sulu di Filipina bawah Imam Marajukim untuk mendapatkan sokongan Amerika Syarikat.


FORCE
136


· FORCE 136 markasnya berpusat di Sri Langka dan India.
· Anggota awalnya ialah Richard Broome , John Davis dan Tengku Mahmud Mahyideen. ( mengetuai pasukan Orang Melayu )
· Kapten Salleh Hj. Sulaiman , Pegawai Daerah Hulu Perak telah mencadangkan nama FORCRE 136 ditukar kepada Askar Melayu Sdetia ( AMS )
· Mendapat sokongan kaum wanita dan Persatuan Melayu Raub , Pahang .


8.
KUIZ KBKK PMR
1. Apakah punca utama menyebabkan Jepun mengaku kalah dalam perang dunia ke II?
2. Berikan kesan penting dari segi ekonomi akibat pendudukan Jepun di negara kita?

4
Berakhirnya Zaman Pendudukan Jepun di negara kita.
1. Menjelang tahun 1943 , Jepun mula mengalami kekalahan
dalam peperangan di Asia Tenggara dan lautan Pasifik
2. Pada 6 Ogos 1945 , Amerika Syarikat telah mengugurkan
bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
3. Pengguran bom atom telah memaksa Jepun menyerah kalah
kepada Pihak Berikat tanpa syarat pada 15 Ogos 1945.
4. Pada 12 September 1945 , Kpmandan Tentera Jepun ,
5. Jeneral Itagaki di Tanah Melayu telah menyerah kalah
kepada Pemerintah Tentera Berikat.
6. Pihak Berkuasa tentera Jepun ke 37 di Borneo bawah pimpinan Masao Baba telah menyerah diri secara rasmi pada 10 September 1945 di Labuan.
PMR 94/35

9. Kesan-Kesan Pendudukan Jepun
9.1 Dari Segi Politik
1. Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan penduduk tempatan.
- kuasa barat bukan lagi satu kuasa yang mustahil untuk dikalahkan.
-
PMR96
31
Kegagalan British mempertahankan Tanah Melayu menunjukkan kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mempertahankan negara kita.
2. Pentadbiran tentera Jepun telah memberi peluang kepada golongan rakyat biasa dikalangan orang Melayu melibatkan diri dalam pentadbiran serta diberikan jawatan penting seperti Ibrahim Yaacob dan Dr Burhanuddin Helmi.
3. Pendudukan Jepun menyebabkan Parti Komunis Malaya berjaya meluaskan pengaruhnya di kalangan orang Cina yang turut serta dalam MPAJA untuk menentang Jepun.
4. Penubuhan persatuan yang bersifat perkauman seperti Persatuan Cina Seberang dan Liga Kemerdekaan India cawangan Sarawak.
9.2 Dari segi Ekonomi
1. Kemerosotan ekonomi Tanah Melayu kerana peperangan menyebabkan perdagangan antara bangsa tidak dapat dilakukan.
2. Bahan mentah utama seperti getah dan bijih timah serta minyak tidak dapat diusahakan kerana semua peralatan dan kemudahan dimusnahkan oleh tentera British semasa mnereka berundur.
3. Kadar inflasi yang tinggi dan kekurangan bahan makanan menyebabkan penduduk menderita, kebuluran dan serangan wabak penyakit.
4. Ekonomi sara diri terutama dengan menanam tanaman makanan seperti padi , ubi kayu untuk menampung kekurangan makanan.
9.3 Dari Segi Sosial
1. Taraf kesihatan yang rendah kerana kekurangan makanan , terdedah kepada wabak penyakit seperti malaria , taun dan demam panas.
2. Perkhidmatan kesihatan tidak dapat diberikan kerana peperangan dan kekurangan ubat-ubatan.
3. Rakyat mengalami keperitan hidup akibat penindasan tentera Jepun dan peperangan.


4.
Fakta Penting PMR
· Golongan nasionalis memberi sokongan kepada tentera Jepun kerana tertarik dengan “ Asia untuk orang Asia dan janji Jepun untuk mmbebaskan negara Burma daripada British.
Penutupan semua sekolah seperti sekolah Inggeris dan
sekolah Cina dan digantikan dengan Sekolah yang
mengunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan
mempelajari kebudayaan mereka serta taat setia kepada
maharaja Jepun.
KESIMPULAN DARIPADA BAB 1



1. Kemunculan Jepun sebagai kuasa Imperialis di timur.

· Pemodenan Jepun akibat pembaruan dan pemulihan Meiji.
· Kekurangan bahan mentah dan kawasan pertanian serta sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah menyebabkan Jepun menjalankan perluasan kuasa di Timur.

2. Proses Penaklukan Jepun ke atas negara kita.

· Tentera Jepun yang bersemangat dan sanggup berkorban untuk negara serta terlatih telah berjaya mengalakan tentera British daripada beberapa negara Komanwel dengan strategik yang silap dan tentang yang kurang terlatih
· Pengelaman 2 kapal perang British di Laut China Selatan telah memudahkan penaklukan Jepun di Tanah Melayu.
3. Pentadbiran Tentera Jepun di negara kita
· Mengamalan sistem pentadbiran ketenteraan dengan kuasa tertinggi di tangan seorang Jeneral di Singapura.
· Kedudukan dan keistemewaan Raja –Raja Melayu sebagai ketua agama islam dan adat istiadat orang Melayu dikekalkan oleh British.

4. Dasar Pentadbiran Jepun di negara kita

· Menjalankan dasar ‘ penjepunan ’ Penduduk Tanah Melayu melalui pendidikan.
· Rakyat dipaksa mentaati dan menghormati Maharaja Jepun
· Ahli KMM dibebaskan dan diberi peluang dalam pentadbiran negeri.
Dasar ekonomi Jepun di negara Kita
· Kemerosotan ekonomi akibat peperangan.
· Kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tinggi akibat pencetakan mata wang pokok pisang yang baru.
· Ekonomi sara diri untuk memanam tanaman makanan digalakkan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan barang makanan.
5. Kesan-kesan Zaman Pendudukan Jepun
· kebangkitan semangat nasionalisme dikalangan rakyat
· penderitaan dan keperitan semasa zaman Jepun menjadi iktibar berguna.
· Perkembangan pengaruh PKM di kalangan masyarakat Cina.
ULASAN SOALAN PMR 1995-1999

TAHUN NO SOALAN ULASAN SOALAN JAWAPAN
1995 30 Anda perlu membuat satu ( B ) kerana negara
penilaian tentang sebab Jepun dan China
Jepun bertindak kejam masih berperang.
Terhadap kaum Cina?
1996 30 Membuat analisa tentang ( A ) kerana dicetak
sebab nilai mata wang pokok tanpa kawalan.
Pisang jatuh dengan teruknya
31 Kesan penting pendudukan ( C ) orang Melayu
Jepun di Tanah Melayu. Mempercayai
kebolehan diri sendiri.

1997 - - -

1998 38 Berdasarkan jadual dua ( C ) untuk mendapat
tokoh KMM iaitu Ibrahim sokongan orang
Hj. Yaakob dan
Dr Burhanuddin al-Helmi
Sebab mereka telah diberi
jawatan penting dalam
pentadbiran oleh Jepun .
39 Tujuan Jepun menubuhkan ( A ) sukarelawan
PETA adalah untuk melatih. menentang British.
1999 29 Anda perlu kenalpasti ( D ) Jepun
peristiwa penting di menghadapi sekatan
antara serangan Jepun ekonomi
ke atas Manchuria dan
China dengan Jepun
Menyerang Pearl Habour.
30 Tujuan British menjalankan ( C ) lombong minyak
gerakan bumi hangus untuk
memusnahkan
31 Masalah yang dihadapi oleh ( A ) pertelingkahan
British untuk mengembalikan kaum.
kepercayaan rakyat selepas
pendudukan Jepun.
59 cara-cara Dasar Penjepunan ( D ) II. pengharaman
dilaksanakan semasa Perang penggunaan bahasa
Dunia ke II. Inggeris. III.
Penekanan sikap
pengorbanan kepada
negara. IV. haramkan
penggunanan barangan
[1][1] Kebangkitan kebangunan , kesedaran serta kegiatan yang membawa kemajuan.
[2][2] Imperialis bangsa atau negara yang menjalankan politik untuk menjajah negara lain.
[3][3] Bumi Hangus merupakan satu tindakan pemusnahan kepentingan sumber ekonomi seperti tanaman getah , kelapa sawit dan minyak bagi mengelakkan ianya jatuh ke tangan musuh dan menggunakannya.
[4][4] Inflasi keadaan harga barangan yang bertambah tinggi disebabkan oleh bertambahnya daya membeli.
[5][5] Catuan bahagian ( makanan dll ) yang ditentukan jumlahnya atau banyaknya.

No comments: